Dasar Perlaksanaan & Pengecualian Kredit

Dasar Universiti telah menetapkan bahawa semua pelajar samada mengikuti kursus diploma mahupun ijazah di Universiti Teknologi MARA dikehendaki wajib mendaftar dan perlu lulus kursus kokurikulum di dalam pengajian mereka. Bagaimanapun kepada pelajar yang layak, pengecualian kredit kokurikulum boleh dibuat di Unit Kokurikulum hanya pada semester pertama (1) sahaja. Pelajar yang ingin membuat pengecualian kredit perlu memenuhi syarat yang ditetapkan dan akan dipertimbangkan. Butiran syarat seperti berikut :

  • Pemegang Diploma/Ijazah daripada UiTM.
  • Pelajar yang menganggotai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar menurut Akta 174.
  • Pelajar yang dikategorikan sebagai pegawai matang sebagaimana diluluskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Kokurikulum UiTM. Kategori pelajar matang adalah :-
        *   Berumur melebihi 35 tahun
        *   Kakitangan Kerajaan Kumpulan A dan B.  
 * Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan. Pegawai Tentera/Polis yang telah berkhidmat sekurang kurangnya selama tiga (3) tahun. Permohonan pengecualian perlu mematuhi peraturan akademik dan mesti dibuat  pada awal semester pertama pengajian. 

Comments

Popular Posts