Sejarah Penubuhan Unit Kokurikulum

Assalamualaikum ^_^


Peristiwa dua demonstrasi pelajar-pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia termasuk ITM pada akhir tahun 1975 merupakan titik permulaan penubuhan Unit Kesatria kerana  peristiwa itu telah menyebabkan lebih kurang 200 pelajar telah disingkirkan dari ITM.  Pihak ITM telah memandang serius hal tersebut. Bagi mereka, demonstrasi itu menunjukkan keperluan meningkatkan disiplin dikalangan pelajar-pelajar  ITM. Unit Kesatria diwujudkan secara rasmi pada tahun 1976. Dan pada 1978, ianya dijadikan satu kokurikulum dan juga adalah salah satu subjek yang wajib lulus, kerana Majlis ITM tidak akan mengeluarkan diploma untuk pelajar yang gagal subjek tersebut. 

Pada 2 Oktober 2007 Unit Kesatria telah ditukarkan nama kepada Unit Kokurikulum di mana fungsinya telah berubah iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perlaksanaan latihan semua kursus kokurikulum. 

Comments

Popular Posts