Misi, Visi, Objektif dan Piagam Pelanggan

Assalamualaikum ^_^


Misi

  • Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika profesional.


Visi

  • Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.


Objektif

  • Memenuhi hasrat Universiti dalam mewujudkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh supaya menjadi siswazah yang lebih matang.
  • Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai aspek teori dan amalan terutamanya dari segi kepimpinan agar dapat melengkapkan pelajar menjadi pemimpin serba boleh dan berwawasan.
  • Menggalakan pelajar agar sentiasa memiliki nilai-nilai murni seperti berdisiplin, dedikasi, berdikari, bermoral, bersyukur, bertanggungjawab bagi membentuk generasi masyarakat yang teguh dan bersatupadu.
  • Menerapkan nilai-nilai kerohanian, patriotik dan keusahawan agar pelajar mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan Negara.
  •  Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran serta menggunakan masa lapang dengan lebih bermakna untuk kemajuan diri, organisasi dan masyarakat.


Piagam Pelanggan

  • Memberikan maklumat dan kefahaman yang jelas kepada pelanggan untuk pendaftaran kursus kokurikulum.
  • Memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berhemah kepada pelanggan.
  • Menyediakan kemudahan tempat latihan/kuliah kokurikulum yang sesuai dan selesa.
  • Menyediakan tenaga pengajar yang berilmu, berkemahiran dan berpengalaman.
  • Menyediakan kursus kokurikulum yang sesuai mengikut keperluan semasa.

Comments

Popular Posts