LAIN-LAIN


Assalamualaikum ^_^


~Edisi Bergambar~ Mendaki, Memasang, Membuka Khemah & Memasak Makanan (Aktiviti Kelas Kokurikulum Rekreasi 1 Semester Mac - Julai 2018)

Tarikh : 10 April 2018 (Selasa)
Tempat : Kawasan Bukit di dalam UiTM
Jurulatih : Puan Nur Antasha bt Othman




*Jurulatih memberikan penerangan tentang aktiviti yang bakal dilakukan*





*Pelajar perlu meredah hutan kecil sebelum tiba di kawasan berkhemah*



*Pelajar memasang khemah*







*Pelajar diajar cara memasak makanan yang mudah dimasak ketika di dalam hutan*


edited by cheQwa



Assalamualaikum ^_^

~Edisi Bergambar~ Mendaki Gunung Chemendong, Belumut & Rimau (Program Kelas Kokurikulum Rekreasi 1 Semester Disember 2016 - April 2017)

Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah mengadakan program Mendaki Gunung Chemendong , Belumut & Rimau di Kluang, Johor. Program ini disertai oleh 1x staf Unit Kokurikulum, jurulatih-jurulatih UiTM Kampus Pasir Gudang beserta sekumpulan pelajar kelas Kokurikulum Rekreasi 1. 


Berikut adalah gambar-gambar program tersebut :)



















Assalamualaikum ^_^

Hari Kokurikulum Minggu Ketiga telah berlangsung pada 23 Jun - 25 Jun 2014. Pada minggu ini, para pelajar telah memulakan aktiviti dengan berkumpul di tempat latihan yang disediakan oleh jurulatih.

Kokurikulum Rekreasi
Jurulatih : Pn. Antasha Othman







































Assalamualaikum ^_^

Hari Kokurikulum Minggu Kedua telah berlangsung pada 16 Jun - 18 Jun 2014. Pada minggu ini, para pelajar telah memulakan aktiviti dengan berkumpul di parkir berhadapan Unit Kesihatan sebelum diserahkan kepada jurulatih kokurikulum masing-masing. 










     *Kokurikulum Silat Olahraga*

    

      *Kokurikulum Rekreasi*








    *Kokurikulum Bola Tampar





  *Kokurikulum Bola Sepak*








  *Kokurikulum Bola Jaring*



KONSEP SUKAN REKREASI

Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri Sukan reakreasi sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman. Sekiranya pelajar yang baru ingat menceburi sukan rekreasi ini perkara utama disarankan agar mempunyai tahap kesihatan yang memuaskan, mempunyai kecergasan fizikal dan ketahanan mental yang tinggi.

Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri.

Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka.

Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya.

Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.


DEFINISI

Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semulajadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap.

Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang dimasa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan.

Kesenggangan pula membawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan dalam diri individu.


KEPENTINGAN REKREASI 

1. Pembentukan Personaliti
- Membentuk personaliti diri yang berkualiti seperti berdikari, berani dan yakin.

2. Kepimpinan 
- Melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan orang lain.

3. Dinamik Kumpulan
- Melalui aktiviti berkumpulan, seseorang itu akan dilatih untuk bekerjasama dalam satu pasukan dan belajar mengendalikan kumpulan.

4. Meningkatkan Kecergasan 
- Sukan rekreasi yang melibatkan kecergasan fizikal dapat meningkatkan kecergasan dirinya.

5. Sosialisasi 
- Dapat melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan yang dianjurkan oleh sesebuah pihak
- Memberi peluang kepada kita untuk mengenali orang lain yang turut serta dalam aktiviti berkenaan.

6. Pembangunan Insan
- Dapat melahirkan insan yang bersedia berdepan dengan risiko dalam kehidupan melalui pembinaan emosi yang baik.

7. Pembangunan Negara
- Masyarakat yang sihat dari segi fizikal serta mentalnya boleh menyumbang kepada pembangunan negara khususnya dalam bidang sukan.

8. Pendidikan Sepanjang Hayat
- Sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur.
- Setiap lapisan masyarakat bebas melakukan aktiviti sukan rekreasi bersesuaian dengan peringkat umur mereka.




Penyelaras Kokurikulum Sukan



*En Saiful bin Rahmat*
Penolong Pegawai Sukan


Jurulatih 



*Pn. Nur Antasha bt Othman*
Pembantu Sukan



*Muhd Najib b Akashah*
Pembantu Sukan






Comments

Popular Posts