CIVIL DEFENCE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ^_^

~Edisi Bergambar~ Aktiviti Mingguan Kokurikulum JPAM


[ 03 MAC 2020 ]

Jurulatih : Cik Sapura Abd Rahman
                         En. Mohd Sabri Abd Hamid
                    Pn. Nuraida Suraya Md Kaseran




























_____________________________________________________________________________

Assalamualaikum ^_^

~Edisi Bergambar~ Aktiviti Mingguan Kokurikulum JPAM


Jurulatih : Sapura Abd Rahman
                    Mohd Sabri Abd Hamid
                    Nuraida Suraya Md Kaseran

Tajuk : 10 Simpulan & Ikatan Asas











                                                                                                                                                                                                                                      edited by cheQwa




Assalamualaikum ^_^

~Edisi Bergambar~ Aktiviti Mingguan Kokurikulum JPAM


Jurulatih : Sapura Abd Rahman
                    Zulkifli Hj Alias
                    Mohd Sabri Abd Hamid
                    Nuraida Suraya Md Kaseran

Tajuk : Menyelamat Kecemasan




















edited by cheQwa



~Edisi Bergambar~ Perkhemahan & Latihan Amali Kokurikulum JPAM

Tarikh        : 1 & 2hb Disember 2017

Matlamat : 

- Memberikan peluang kepada pelatih dinilai kebolehan mereka dalam beberapa aspek daripada elemen kemahiran insaniah seperti elemen kepimpinan, semangat bekerjasama dan lain-lain.
-Memenuhi penilaian wajib silibus
-Melengkapi latihan praktikal dan kemahiran asas pembelajaran
-Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar
-Membentuk semangat kerjasama dan disiplin pelajar

Sasaran : Pelatih Kokurikulum JPAM Semester 3
                         dibantu oleh Jurulatih Pertahanan Awam & Komander Kesatria Negara

Impak    : 

- Pelatih lebih memahami situasi menyelamat dalam keadaan sebenar dan mempunyai kefahaman tentang penggunaan peralatan ketika menyelamat

-Pelatih memahami situasi menyelamat sebelum, ketika & selepas bencana.































































*barbeque





*bos unit ko turun memasak. Daebak!








*campfire

*p/s : abaikan tarikh pada gambar. salah setting :D

edited by wawa
22jan2018




~Edisi Bergambar~ Latihan Kokurikulum JPAM


































-----------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum ^_^


19 Januari 2016

Senarai Nama Pelatih Kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sesi Disember 2015 - April 2016


HBU 122 A







HBU 122 B







*Sebarang permasalahan boleh berhubung terus dengan Unit Kokurikulum, Bangunan Budisiwa, UiTM Kampus Pasir Gudang.





Assalamualaikum ^_^


19 Januari 2016

Senarai Nama Jurulatih Kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sesi Disember 2015 - April 2016

Semester 2

1. L/Kpl. Zulkifli bin Hj Alias
2. Pbt. Mohd Sabri bin Abd Hamid

Semester 3

1. Pn. Sapura bt Abd Rahman


*Sebarang permasalahan boleh berhubung terus dengan Unit Kokurikulum, Bangunan Budisiwa, UiTM Kampus Pasir Gudang.




Assalamualaikum ^_^


Hari Kokurikulum Minggu Keenam telah berlangsung pada 14 - 16 Julai 2014. Pada minggu ini, seperti biasa para pelajar telah memulakan aktiviti dengan berkumpul di parkir Salsabila sebelum diserahkan kepada jurulatih kokurikulum masing-masing.

Tajuk pelajaran pada minggu ini : Sistem Peredaran Darah (Semester 1)
Jurulatih : Sarjan Sapura bt Abd Rahman
                 : Koperal Anisham bin Mohd Dom
Pembantu Jurulatih : Komander JPAM

Kelas : US BK 1-2








Tajuk pelajaran pada minggu ini : Menyelamat Kecemasan (Semester 2 & 3)
Jurulatih : Sarjan Sapura bt Abd Rahman
                 : Koperal Raziziskandar bin Awang
Pembantu Jurulatih : Pbt. Sabri
                                     :Komander JPAM

Kelas : Parkir Salsabila
















*Cara Menyelamat Mangsa Yang Tidak Sedarkan Diri*

















*Menyelamat Menggunakan 4 Tangan*


*Menyelamat Menggunakan 3 Tangan*




*Menyelamat Menggunakan 2 Tangan*












Assalamualaikum ^_^


Hari Kokurikulum Minggu Kelima telah berlangsung pada 07 - 08 Julai 2014. Pada minggu ini, seperti biasa para pelajar telah memulakan aktiviti dengan berkumpul di parkir Salsabila sebelum diserahkan kepada jurulatih kokurikulum masing-masing.

Tajuk pelajaran pada minggu ini : Menyelamat Menggunakan Usungan (Semester 2 & 3)
Jurulatih : Sarjan Sapura bt Abd Rahman
                 : Koperal Raziziskandar bin Awang
Pembantu Jurulatih : Pbt. Sabri
                                     :Komander JPAM

Kelas : Parkir Salsabila













*Memeriksa Keadaan Stretcher*





*Menguji Stretcher*











*Menyelimut Mangsa*





*Menguji Ikatan pada Stretcher Setelah Selesai*

Assalamualaikum ^_^

Hari Kokurikulum Minggu Keempat telah berlangsung pada 30 Jun - 03 Julai 2014. Pada minggu ini, seperti biasa para pelajar telah memulakan aktiviti dengan berkumpul di parkir Salsabila sebelum diserahkan kepada jurulatih kokurikulum masing-masing.

Tajuk pelajaran pada minggu ini : Pengenalan kepada Pertahanan Awam (Semester 1)
Jurulatih : Sarjan Sapura bt Abd Rahman
                 : Koperal Anisham bin Mohd Dom
Pembantu Jurulatih : Komander JPAM

Kelas : US BK 2-2







Tajuk Pelajaran : Pengenalan kepada Tali (Semester 2)
Jurulatih : Sarjan Sapura bt Abd Rahman
                 : Koperal Raziziskandar bin Awang
Pembantu Jurulatih : Komander JPAM

Tempat : Kelas US BK 1-2







Tajuk Pelajaran : Pengenalan kepada Tali (Semester 3)
Jurulatih : Sarjan Sapura bt Abd Rahman
                 : Koperal Raziziskandar bin Awang
Pembantu Jurulatih : Komander JPAM

Tempat : Parkir Salsabila




Assalamualaikum ^_^

Hari Kokurikulum Minggu Ketiga telah berlangsung pada 23 Jun - 25 Jun 2014. Pada minggu ini, para pelajar telah memulakan aktiviti dengan berkumpul di parkir berhadapan Unit Kesihatan sebelum diserahkan kepada jurulatih kokurikulum masing-masing. 

Tajuk Pelajaran : Kawad Kaki & Peraturan Pemakaian (Semester 1)
Jurulatih : Koperal Anisham bin Mohd Dom
                 : Sarjan Sapura bt Abd Rahman
Pembantu Jurulatih : Komander JPAM

Tempat : Parkir Salsabila







Assalamualaikum ^_^

Hari Kokurikulum Minggu Kedua telah berlangsung pada 16 Jun - 18 Jun 2014. Pada minggu ini, para pelajar telah memulakan aktiviti dengan berkumpul di parkir berhadapan Unit Kesihatan sebelum diserahkan kepada jurulatih kokurikulum masing-masing. 

Tajuk Pelajaran : Kawad Kaki (Semester 1)
Jurulatih : Koperal Anisham bin Mohd Dom
                 : Sarjan Sapura bt Abd Rahman
Pembantu Jurulatih : Komander JPAM

Tempat : Parkir Salsabila













FUNGSI DAN PERANAN JPAM

Fungsi Pertahanan Awam
  • Menggubal dasar – dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam.
  • Mengelola dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan sokongan dan logistik yang memadai.
  • Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam supaya mereka dapat menerima dan memberi tindak balas yang sewajarnya kepada program yang penting bagi Keselamatan diri mereka.
  • Mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang sesuai bagi Angkatan Pertahanan Awam mengikut keadaan semasa.
  • Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh Negara.
  • Melakukan tugas–tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di seluruh Negara.

Peranan Pertahanan Awam
  • Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
  • Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)a Akta 221.
  • Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.


LIRIK LAGU RASMI JABATAN

Sentiasa Bersedia

Marilah kita semua
Bergading bahu mengembleng tenaga
Berbakti dalam Pertahanan Awam
Untuk bangsa kita

Padukan jiwa dan raga
Sedia berkorban apa saja
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercinta

Malaysia bumi yang bertuah
Kami sungguh bangga menjadi warga setia
Penuh azam dan tekad bersama
Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya

Kita sentiasa bersedia
Menjunjung wawasan semua
Ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia Jaya


FUNGSI, MISI, VISI, MOTO DAN OBJEKTIF

Takrif Pertahanan Awam
Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.
Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Visi, Misi Dan Moto

VISI
Kompeten dalam perlindungan keselamatan dan pengurusan bencana.

MISI
Memperkasa kesiapsiagaan awam untuk keselamatan dan kesejahteraan negara.

MOTO
"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"

Objektif
Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:
  1. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
  2. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
  3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.
Memberi respond kepada bencana dengan cara:
  1. Menubuhkan pasukan (First Responder).
  2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan.
Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:
  1. Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.
  2. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.
  3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.
Fungsi
  1. Menubuh, mengurus dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam.
  2. Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan Bencana dan Kecemasan kepada orang awam.
  3. Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.
  4. Menyedia, mengurus dan menyelenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.
  5. Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.
Fokus Strategik
  1. Meningkat dan memperluas perkhidmatan kecemasan yang cekap, berkesan dan profesional.
  2. Meningkat dan memperluas kerjasama dengan Agensi-agensi Kerajaan, Swasta, NGO, Kepimpinan Peringkat Negeri, Daerah dan Institusi-institusi Latihan dalam program-program Pertahanan Awam.
  3. Mewujudkan program-program latihan yang seragam dan diiktiraf.
  4. Mengadakan program-program latihan Pertahanan Awam yang berterusan kepada Anggota Angkatan Pertahanan Awam.
  5. Mewujudkan sekumpulan jurulatih profesional yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus dalam pengurusan bencana (Menyelamat, Paramedik, Kebombaan dan Akuatik).
  6. Merancang dan membina pejabat-pejabat baru di tempat yang strategik supaya perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.
  7. Meningkatkan penggunaan ICT dalam Pengurusan Angkatan dan Bencana.
  8. Mempromosikan Pertahanan Awam melalui media elektronik, media cetak dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam bersama masyarakat.
  9. Memperluas Perkhidmatan Pertahanan Awam daripada semasa kepada sebelum dan selepas bencana.
  10. Melibatkan pegawai tetap dan anggota sukarela di dalam setiap aktiviti Pertahanan Awam.
Nilai & Teras
  1. Mengendalikan tugas dengan cekap dan tepat.
  2. Berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap tugas yang di berikan.
  3. Mengamalkan konsep kerja berpasukan.
  4. Berkhidmat dengan Ikhlas.


SEJARAH JPAM

Pra-Merdeka


Tahun
Keterangan
1939
Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah – langkah bagi menghadapi peperangan Dunia Kedua.
1951
The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang – undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu.
1952
Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.

Pasca-Merdeka


Tahun
Keterangan
1957
The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam1951 ( Akta 221 ) berikutan kemerdekaan Negara.
1958
Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan Negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
1964
Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia – Indonesia ( Kertas Kabinet No. 302/314/64 )
1965
Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh Negara.
1970
Kerahan tenaga anggota seluruh Negara dibuat mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Negara 1952 berikutan bencana banjir besar yang melanda Negara.
1972
Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.
1993
Tragedi Highland Tower tumbang di Hulu Kelang mula merubah organisasi Pertahanan Awam di Malaysia.

Era Pembangunan


Tahun
Keterangan
1994
Pengenalan nama ringkas JPA 3 mula digunakan dan diterima pakai di seluruh negara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.
1995
Talian Kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei sebagai tanda komitmen Jabatan Pertahanan Awam memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam.
1996
Rancangan Pembangunan Jabatan Pertahanan Awam dirangka bagi memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistik dan prasarana dalam gerakan kerja menyelamat.
2000
Semua Ibu negeri di seluruh negara dan enam pejabat cawangan telah melaksanakan perkhidmatan talian 991.
2000
Rancangan Pembangunan Projek Fizikal dilaksanakan dengan tujuh projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah di bawah RMK 7 termasuk dua projek pusat latihan yang baru.
2001
Sebanyak tujuh lagi projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah diluluskan untuk dilaksanakan didalam tempoh RMK 8 menjadi semua ibu negeri di seluruh Semenanjung bakal memiliki kompleks pentadbiran, operasi dan latihannya sendiri.
2004
Motto ' Selangkah Ke Hadapan ' diperkenalkan sebagai komitmen warga Jabatan Pertahanan Awam memberikan ' Delivery Service ' yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan pertambahan perjawatan dalam Jabatan.
2006
Memperkenalkan slogan "Sedia, Pantas dan Berintegriti" sebagai pemangkin menjadikan Jabatan Pertahanan Awam sebuah jabatan yang unggul.
2008
Petukaran pengenalan nama ringkas JPA 3 kepada JPAM telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam sendiri pada bulan Mac semasa Hari Sambutan Pertahanan Awam yang diadakan di Ipoh Perak.
2008
Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan ' Satu Negara Satu Nombor ' sebagai talian panggilan pusat iaitu 999 bagi menyatukan talian kecemasan yang membabitkan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Kementerian Yang Mengawal


Tahun
Keterangan
1952
Setiausaha Pertahanan
1955
Kementerian Dalam Negeri
1959
Kementerian Pertahanan
1964
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
1965
Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam
1967
Kementerian Pertahanan
1968
Kementerian Keadilan
1970
Kementerian Dalam Negeri
1971
Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
1975
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan
1978
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
1982
Kementerian Dalam Negeri
2004
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
2008
Kementerian Dalam Negeri




LOGO JABATAN


Konsep Logo

Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan juga tempatan.

Segitiga Sama Dan Warna Oren

Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysiaya yang sentiasa dipertahankan.

Sentiasa Siap Sedia

Di sekeliling tiga segi adalah moto pasukan Pertahanan Awam Malaysia yang sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas.

Bunga Padi

Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi.

Tapak Logo

Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan.

Comments

Popular Posts