Pengenalan.

Assalamualaikum, w.b.t^_^

Sejarah Penubuhan Unit Kokurikulum, UiTM.

Dahulunya Unit Kokurikulum dikenali sebagai Unit Kesatria dimana diwujudkan di UiTM berbangkit dari dua insiden demonstrasi oleh pelajar-pelajar di Semua IPTA (termasuk UiTM) pada akhir tahun 1975 dan awal 1976. Bagi mengatasi masalah disiplin dan salah laku pelajar ketika itu, maka kokurikulum Kesatria ditubuhkan dengan objektifnya untuk menerapkan nilai-nilai disiplin yang tinggi dikalangan pelajar.

Bilangan pengambilan pelajar kokurikulum Kesatria dan lain-lain kokurikulum juga telah bertambah sejajar dengan perkembangan UiTM. Didapati 30% daripada pelajar UiTM adalah ahli Kesatria dan bakinya dari komponen kursus Kokurikulum yang lain.


Bilangan pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum yang ramai termasuk Kolej Bersekutu UiTM perlu kepada pemantauan yang rapi. Pengstrukturan semula UiTM amnya dan penyusunan semula perkhidmatan-perkhidmatan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni khasnya telah mengambil kira fungsi serta peranan dan semua Staf Unit Kesatria untuk memastikan perkhidmatan di HEP memenuhi keperluan para pelajar dan hasrat universiti.


Pengstrukturan semula fungsi organisasi Unit Kesatria dan Staf Kestria dilihat satu usaha serius Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM dalam memantapkan perlaksanaan kokurikulum di UiTM. Dalam perkara ini mulai Oktober 2007 Unit Kesatria ditukar nama kepada Unit Kokurikulum dan Jawatan Kesatria  disebut Kokurikulum. Dengan ini fungsi mereka bukan sahaja bertaggungjawab kepada Kokurikulum Beruniform sahaja malahan Semua kokurikulum di UiTM diletak di bawah pengurusan Pegawai dan staf Kokurikulum. Ini bertujuan untuk memberi lebih ruang kepada organisasi memperluaskan skop tugas, meningkatkan fungsi dan tanggungjawab kepada jawatan sedia ada. Dengan ini diharap perlaksanaan kursus kokurikulum di seluruh sistem UiTM akan berjalan lebih tersusun dan sistematik.


Kokurikulum UiTM sehingga kini telah pun melalui pelbagai era perubahan sesuai dengan visi dan misi Universiti dan juga perubahan senario sosio-budaya dan sosio-politik Negara. Isu Ketuanan Melayu terkini merupakan agenda pertama Universiti dalam penjanaan semula semangat patriotik dikalangan pelajar UiTM buat ketika ini.


Penempatan Pejabat Unit Kokurikulum UiTM Kampus Pasir Gudang

Pejabat Unit Kokurikulum ditempatkan di Bangunan Budisiswa atau dikenali sebagai Pusat Pelajar dan ditempatkan bersama Unit Sukan dan Unit Kerjaya & Kaunseling.















 

Comments

Popular Posts