Majlis Perasmian Unit Kokurikulum, UiTM Pasir Gudang, Johor
Assalamualaikum, w.b.t ^_^
Pada 22hb Mei 2014 (Khamis) telah berlangsung Majlis Perasmian Unit Kokurikulum UiTM Pasir Gudang. Majlis ini telah diadakan di Dewan Kuliah 100 dan telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Hajah Zaiton Endot, Penolong Rektor UiTM Kampus Pasir Gudang. Setelah selesai majlis ini, Bengkel Asas Jurulatih Sambilan Kokurikulum juga telah dijalankan buat pertama kalinya bagi memberikan maklumat berkaitan kokurikulum yang telah ditawarkan di UiTM Kampus Pasir Gudang. Penyerahan fail pengajaran dan surat lantikan telah dibuat ketika bengkel tersebut berlangsung.

Yang Berusaha Prof. Madya Hajah Zaiton Endot,
Penolong Rektor UiTM Kampus Pasir Gudang
Majlis menandatangani Buku Perasmian Unit Kokurikulum oleh Yang Berusaha Prof. Madya Hajah Zaiton Endot sebagai
simbolik perasmian Unit Kokurikulum UiTM Kampus Pasir Gudang
Penyampaian surat perlantikan Pegawai Pemantau Kokurikulum Kepada Kapt. Kesatria Tuan Mohd Burhanuddin Ashari oleh Pen. Pendaftar HEP, Pn. Siti Hanisah Ishak
Penyampaian fail pengajaran kepada Kapt. Kesatria Tuan Muhammad Syafiq Mohd Nor selaku Penyelaras Kokurikulum Kesatria Negara
Penyampaian fail pengajaran kepada Wakil Leftenan Kesatria Puan Sapura Abd Rahman selaku Penyelaras Kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam
Penyampaian fail pengajaran kepada En.Rasyidi Mat selaku Penyelaras Kokurikulum Badan Pertolongan Cemas
Penyampaian fail pengajaran kepada En. Saiful Rahmat selaku Penyelaras Kokurikulum Sukan
Penyampaian fail pengajaran kepada wakil Ustaz Rafiuddin Mohd Yusof selaku Penyelaras Kokurikulum Kerohanian
Penyampaian fail pengajaran kepada En. Nurul Aziz Mohamed selaku Penyelaras Kokurikulum Pembinaan Diri
Majlis Penyerahan Tongkat Kuasa daripada Yang Berusaha Prof. Madya Hajah Zaiton Endot, Pennolong Rektor, Kampus Pasir Gudang Kepada Pegawai Kokurikulum,
Kapt. (B) Imran Ali
Penyerahan Cenderamata kenang-kenangan Unit Kokurikulum kepada Yang Berusaha Prof. Madya Hajah Zaiton Endot
Majlis Perasmian Unit Kokurikulum dan Bengkel Asas Jurulatih Sambilan Kokurikulum telah berakhir pada jan 3.30 petang.
Comments
Post a Comment