Edisi Bergambar : MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN ANTARA KOMPENI SIRI 4/2019




. ⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜
*PERKOM SIRI 4/2019*
⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜
.
.
🍀Pertandingan Antara Kompeni (PERKOM) SIRI 4/2019 Anjuran UNIT KOKURIKULUM dengan kerjasama MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA Sesi September 2019- Januari 2020.

. 🍀Antara Aktiviti yang dipertandingkan:
✨KAWAD KAKI ✨JALAN LASAK ✨ROAD RELAY ✨MARATHON ✨ZUMBA DAN HAKKA

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
PERTANDINGAN ANTARA KOMPENI SIRI 4/2019 (PERKOM)
30 NOVEMBER 2019
5.00 PETANG

Majlis Perasmian Penutupan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar, Rektor UiTM Cawangan Johor, diiringi oleh Yang Berusaha Prof. Madya Ir. Bahardin bin Baharom, Penolong Rektor UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang. Majlis dimulakan dengan persembahan Silat Olahraga oleh pelajar-pelajar Kelas Kokurikulum Silat Olahraga Semester 2 & 3, diikuti dengan persembahan Kawalan Kehormat oleh Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus pasir Gudang, persembahan Kawad Formasi oleh pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Negara Semester 1 dan persembahan Simulasi Menyelamat Mangsa Bencana Bangunan Runtuh oleh pelajar-pelajar Kokurikulum Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Semester 1 & 3. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan Tempur tanpa Senjata oleh Komander Kesatria Negara  yang dijayakan dengan begitu baik sekali.

Usai persembahan para pelajar, penyampaian hadiah dilakukan bagi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang. Kompeni Bravo telah memenangi Juara Keseluruhan bagi PERKOM 2019 kali ini. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada kompeni yang tidak berjaya, diharap jangan berputus asa dan cuba lagi pada tahun hadapan. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan diucapkn kepada tenaga dan bakti yang dicurahkan oleh kesemua petugas PERKOM Siri 4/2019 iaitu Komander Kesatria Negara dan juga pelajar-pelajar kokurikulum yang bertungkus lumus menjayakan program yang telah dirancang dengan begitu baik sekali. Tahniah semua!


Tanam lenggundi tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi tuan saya tak lupa,
Sudah terpahat di dalam hati.





























































Comments

Popular Posts