Makluman tentang Pegawai Kokurikulum UiTM Kampus Pasir Gudang



Assalamualaikum ^_^

Makluman.

Adalah dimaklumkan bahawa Ketua Unit Kokurikulum , Mejar (K) Mohd Syafiq bin Abu Hashim telah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Kokurikulum, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang berkuatkuasa pada tarikh 20 Mac 2018 (Selasa) disebabkan beliau mendapat tawaran jawatan tetap di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Segala jasa baik dan sumbangan beliau terhadap Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang amatlah dihargai. Semoga beliau terus sukses dengan kerjaya baharu beliau di masa akan datang.

Daun gaharu si daun palas,
Alas duduk puteri kayangan,
Jasamu tuan tidak terbalas,
Seumur hidup jadi kenangan.




Comments

Popular Posts