KOMANDER KESATRIA

BARISAN KEPIMPINAN TOP 7 
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
UITM CAWANGAN JOHOR KAMPUS PASIR GUDANG
BAGI TAHUN 2019



VIDEO: SENARAI JAWATANKUASA
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA 
UITM CAWANGAN JOHOR KAMPUS PASIR GUDANG
SESI JAN 2019 - JAN 2020




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[ 1 DISEMBER 2019 ]

Kawalan Kehormat sempena lawatan Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim di International Innovation Challenge.
Seramai 20 orang komander telah menyertai kawalan kehormat Naib Canselor yang bertempat di hadapan Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTMCJ Kampus Pasir Gudang.











--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[ 7 November 2019 - 9 November 2019]

MPKK’S Short Getaway
PANTAI TANJUNG LEMAN, MERSING

Pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan sepanjang program 3 hari ini.Semua Komander Kesatria UiTM Pasir Gudang telah terlibat. Semoga program ini dapat megeratkan lagi hubungan sesama komander.

















































sumber : https://www.instagram.com/scorpion_squadpg/
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[3 OKTOBER 2019- 5 OKTOBER 2019]

Edisi Bergambar : 
Program Pemantapan Fizikal dan Mental 
Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang 

.
🦂Pada 3 hingga 5 Oktober yang lalu telah berlangsungnya Program Pemantapan Fizikal dan Mental Komander Kesatria UiTM Johor Kampus Pasir Gudang bertempat di Kem 6 Rejimen Renjer Diraja Ulu Tiram,Johor .🦂
.
🦂🦂🦂🦂🦂🦂🦂🦂🦂






































sumber : https://www.instagram.com/scorpion_squadpg/
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[ 18/09/2019 ]
Majlis Kenaikan Pangkat Komander

🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥
Seramai 39 orang Komander Kesatria Batch 5 UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah dinaikkan pangkat dari Komander Rendah Kanan ke Komander Muda dan dari Komander Muda ke Komander Madya . Tahniah diucapkan, semoga segala tugas dan amanah yg dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan baik. 
🦂🦂🦂🦂🦂🦂













sumber : https://www.instagram.com/scorpion_squadpg/

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[ 20/09/2019 ] 
Majlis Kenaikan Pangkat Komander

🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥
Seramai 33 orang Komander Kesatria Batch 6 UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah dinaikkan pangkat dari Komander Rendah Muda ke Komander Rendah Kanan . Tahniah diucapkan, semoga segala tugas dan amanah yg dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan baik. 
🦂🦂🦂🦂🦂🦂🦂🦂🦂🦂












sumber : https://www.instagram.com/scorpion_squadpg/

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
UITM CAWANGAN JOHOR 
KAMPUS PASIR GUDANG
SESI 2018/2019
&
MAJLIS PENUTUPAN MINGGU IKATAN MESRA 2018


TARIKH : 29 MAC 2018
TEMPAT : DK 200

Assalamualaikum ^_^

Satu mesyuarat agung tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang bertempat di DK 200. Dengan ini, jawatankuasa yang terdahulu dengan rasminya dibubarkan dan penyerahan kuasa baharu telah dilakukan pada majlis tersebut. 

Ucapan pembubaran dilakukan oleh Lt.Muda (K) Muhamad Zhafri Fitri bin Mohd Yusof

Mesyuarat dirasmikan oleh Kapten (K) Muhammad Syafiq bin Mohd Nor
Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTMPG

Timbalan Pegawai Memerintah yang baharu, Amir Hidayat bin Yusof



Mantan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Sesi 2017/2018


Berikut adalah senarai Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria bagi Sesi 2018/2019 :


















edited by cheQwa


JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
UITM CAWANGAN JOHOR 
KAMPUS PASIR GUDANG
SESI 2017/2018

edited by : wawa
22 jan 2018


~Edisi Bergambar~ Jambori & Majlis Pentauliahan Komander Kesatria Negara UiTM SeMalaysia Siri 13/2018

Tarikh : 11 - 18hb Februari 2018
Venue : UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar
Penyertaan : Komander UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat & Kampus Pasir Gudang

Keputusan 

Pertandingan Kawad Kaki

Pemenang Tempat Pertama : UiTM Cawangan Johor
Pemenang Tempat Kedua     : UiTM Cawangan Pulau Pinang
Pemenang Tempat Ketiga    : UiTM Cawangan Perak

Pemenang Ketua Platun Terbaik : UiTM Cawangan Johor 
Pemenang Pelurus Barisan Terbaik : UiTM Cawangan Johor

Johan Keseluruhan : UiTM Cawangan Johor


Makan Malam Regimental



























* Pemenang Ketua Platun Terbaik*











Majlis Perbarisan Pentauliahan & Penyampaian Watikah Pelantikan Leftenan Muda Kesatria
























*Lt. Kolonel Ujud bin Pabil (Johor) & Mejar Ku Hadzrill ( Shah Alam)*
~orang kuat untuk majlis ni :D~





Pertandingan Kawad















Raptai Perbarisan Pentauliahan & Majlis Penyampaian Watikah





























edited by cheQwa
22 feb 2018


~Edisi Bergambar~ Majlis Makan Malam Komander Kesatria bersama Pegawai Kesatria & Pegawai Kehormat Kesatria

Tarikh : 8hb Disember 2017
Venue : Hotel Amansari Residence & Resort
Tema  : Bollywood






















































~Edisi Bergambar~ Majlis Pemakaian Pangkat Komander Kesatria UiTMPG
































  



















------------------------------------------------------

~Edisi Bergambar~ Program XPDC 111116 UITM, PENDAKIAN 60 PUNCAK GUNUNG SEMPENA ULANG TAHUN UITM KE 60

Assalamulaikum ^_^

Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah mengadakan program XPDC 111116 UITM, PENDAKIAN 60 PUNCAK GUNUNG SEMPENA ULANG TAHUN UITM KE 60 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam dan UiTM Kampus Cawangan. Program ini disertai oleh 2x staf Unit Kokurikulum UiTM Kampus Pasir Gudang beserta 2 kumpulan komander Kesatria Negara pada 09 - 13 November 2016. 

Berikut adalah gambar-gambar program tersebut :)

1. Gunung Tumang Batak






























2. Gunung Bekok

































Tahniah Komander! 


------------------------------------------------------------------------


HEBAHAN PROGRAM XPDC 111116 UITM, PENDAKIAN 60 PUNCAK GUNUNG SEMPENA ULANG TAHUN UITM KE 60

Assalamulaikum ^_^


Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang akan mengadakan program XPDC 111116 UITM, PENDAKIAN 60 PUNCAK GUNUNG SEMPENA ULANG TAHUN UITM KE 60 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam dan UiTM Kampus Cawangan. Program ini disertai oleh 2x staf Unit Kokurikulum UiTM Kampus Pasir Gudang beserta 2 kumpulan komander Kesatria Negara seperti ketetapan berikut : 

Kumpulan Satu 


Pegawai Pengiring    : En. Muhammad Syafiq bin Mohd Nor (Pen. Peg. Kokurikulum)
Bilangan Komander   : 25 orang
Nama Gunung          : Gunung Tumang Batak, Perak
Tarikh Pergerakan    : 09hb November 2016 - 12hb November 2016

Kumpulan Dua


Pegawai Pengiring    : Cik Farah Nadia bt Ghani (Pembantu Kokurikulum)
Bilangan Komander   : 23 orang
Nama Gunung          : Gunung Bekok, Johor
Tarikh Pergerakan    : 10hb November 2016 - 11hb November 2016

Kesemua kumpulan yang mengikuti program ini dijangka mengibarkan bendera di puncak gunung pada 11hb November 2016 serentak di 60 puncak gunung yang terpilih. Program ini juga bakal menjadi kebanggaan dan sebutan apabila ianya bakal dimasukkan di dalam The Malaysia Book of Records. 

Unit Kokurikulum memohon agar anda semua dapat mendoakan kelancaran dan kejayaan program ini serta mendoakan keselamatan peserta-peserta yang menyertai program ini. Bilik gerakan untuk program ini juga dibuka di Unit Kokurikulum, Bangunan Budisiswa, UiTM Kampus Pasir Gudang sehingga jam 2359h bermula 9hb November 2016 - 12hb November 2016 bagi melancarkan lagi program ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Terima kasih atas doa kalian. Chaiyookk!

------------------------------------------------------------------------


Jambori Komander Kesatria Siri 11 / 2015 & Pentauliahan Komander UiTM di UiTM Dungun, Terengganu

Assalamualaikum ^_^

Pada 17hb November 2015 telah diadakan Jambori Komander Kesatria UITM Siri 11/2015 bertempat di UiTM Dungun, Terengganu. Program ini berlangsung selama 8 hari , bermula 17hb November 2015 sehingga 24hb November 2015. Sebanyak 16 kontinjen dari UiTM kampus seluruh Malaysia telah menyertai jambori tersebut.Sebanyak 3 acara dipertandingkan iaitu Pertandingan Kawad Kaki, Orienteering dan Kebudayaan.








*Persembahan Kebudayaan*







*Majlis Makan Malam Regimental*






 *Aktiviti Berkayak & Water Confident*







*Aktiviti Masa Senggang - Melawat Masjid Kristal*






*Gotong-royong selepas pertandingan kebudayaan*







*Pertandingan Orienteering*





\

*Raptai penutupan*



*Majlis Pentauliahan*




*Majlis Penutup*




Terima kasih kerana membaca :)


------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum ^_^

Pada 10 Julai 2014 bersamaan 12 Ramadhan 1435H telah diadakan Majlis Iftar Komander Kesatria UiTM Johor Kampus Pasir Gudang yang dianjurkan dengan kerjasama Komander Kesatria bertempat di Ruang Kegiatan Pelajar, Aras 2, Bangunan Budisiswa. Majlis dimulakan dengan Mesyuarat bersama Pegawai-pegawai Kehormat di Bilik Mesyuarat Unit Kokurikulum yang dipengerusikan oleh PM Hajah Zaiton Endot. Selepas itu, majlis iftar dimulakan pada jam 1917h sebelum semua pegawai dan komander bersama-sama menunaikan solat Maghrib di Pusat Islam UiTM. 

Majlis diteruskan dengan makan malam bersama pegawai-pegawai kehormat. Usai makan malam, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Pegawai Kokurikulum, Mejar (K) Imran bin Ali yang memberi amanat supaya semua komander dapat bersatu dan bekerjasama serta dapat melakukan yang terbaik dalam pelajaran. Seterusnya, Timbalan Pegawai Memerintah (JPKK) mengambil tempat untuk memberi amanat kepada para komander. 

Ucapan amanat daripada PM Hajah Zaiton bin Endot, Penolong Rektor ditunggu-tunggu dari awal lagi. Beliau menyampaikan amanat supaya para komander tidak mengabaikan akademik walaupun bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Diharap semua komander dapat berusaha untuk mengimbangi kedua-dua bidang yang diceburi.

Selepas Penolong Rektor selesai menyampaikan ucapan, majlis diteruskan lagi dengan sesi memperkenalkan diri oleh para Pegawai Kehormat dan Pegawai Kesatria. Antara Pegawai Kehormat Kesatria adalah :

1. Lt. Kolonel (K) Prof. Madya Hajah Zaiton Endot   
    - Penolong Rektor
2. Kapt. (K) Puan Suhana bt Mohamed       
    - Pensyarah Kanan
3. Kapt. (K) YM. Tengku Zainal Fitri b. Tengku Mohd Fauzi 
    - Penolong Bendahari
4. Kapt. Puan Suzainah bt. Rahmat               
    -Pegawai Psikologi
5. Lt. (K) En. Syed Zahir b. Syed Jamal    
    - Pegawai Kerja Akaun

Majlis diteruskan lagi dengan sesi meraikan komander yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini dan meraikan Cik Suhana yang telah menamatkan kontrak SKP dengan Unit Kokurikulum.





















--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lawatan Kerja Staf ke UiTM Jasin, Melaka

Assalamualaikum ^_^

Pada 27hb Mei 2014 (Selasa) telah diadakan program Lawatan Kerja Staf ke UiTM Kampus Jasin, Melaka yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum UiTM Kampus Pasir Gudang. Lawatan ini disertai oleh Penolong Rektor, Prof. Madya Hajah Zaiton Endot bersama 25 orang staf dari beberapa bahagian dan unit seperti Unit Kokurikulum sendiri, Unit Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Akademi Pengajian Islam dan Kontemporari, Unit Kesihatan, Bahagian Pengurusan Fasiliti, Unit Pentadbiran, Unit Keselamatan, Unit Sukan, Bahagian Kewangan, Unit IT, dan lain-lain. 

Objektif lawatan ini adalah :

  • Melihat pelaksanaan yang telah dibuat oleh kampus PFI yang telah beroperasi dan menerima pelajar
  • Mencari idea dan dapat membuat perbandingan operasi serta keberkesanan proses yang telah dibuat
  • Melahirkan staf yang lebih efisien dan dinamik dalam melaksanakan tugasan
  • Memberi motivasi kepada staf untuk bersama membangunkan UiTM Kampus Pasir Gudang dalam persiapan melahirkan mahasiswa / mahasiswi yang cemerlang
  • Menjalinkan satu hubungan dan rangkaian kerjasama yang baik di antara kampus





*Sesi taklimat daripada Prof. Madya Hj.Zakaria Tajuddin, 
Penolong Rektor UiTM Kampus Jasin*













*Penyampaian cenderamata oleh Prof. Madya Hajah Zaiton Endot kepada PM Hj. Zakaria, 
Penolong Rektor UiTM Jasin*

*Penyampaian cenderamata oleh Prof.Madya Hj. Zakaria, 

Penolong Rektor, UiTM Jasin kepada PM Hajah Zaiton Endot  *


Unit Kokurikulum UiTM Kampus Jasin, Melaka


Unit Kokurikulum UiTM Kampus Jasin ditempatkan di Pusat Persatuan Pelajar dan berkongsi bangunan bersama Unit Sukan UiTM Kampus Jasin


*Pusat aktiviti pelajar*

*Ruang pejabat Unit Kokurikulum UiTM Kampus Jasin*











*Bersama staf Unit Kokurikulum UiTM Kampus Jasin*







Comments

Popular Posts