PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

Assalamualaikum ^_^

19 Januari 2016

Senarai Nama Jurulatih Kokurikulum Badan Pertolongan Cemas Sesi Disember 2015 - April 2016

Semester 2

1. Nursuraya bt Saparudin
2. Mohd Zairull Azmel bin Zubil


Semester 3

1. Muhammad Hairul Taufik bin Amat Basri



*Sebarang permasalahan boleh berhubung terus dengan Unit Kokurikulum, Bangunan Budisiwa, UiTM Kampus Pasir Gudang.




Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas
a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

Pengendalian Mangsa Kemalangan
a) Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi keadaan.
b) Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang.
c) Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera.
d) Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.




Penyelaras Kokurikulum Badan Pertolongan Cemas



*En. Mohd Rasyadi Mat*
Medical Assistant Unit Kesihatan

Jurulatih

*En. Zairull Azmel Muhammad Zubil*
Medical Assistant Unit Kesihatan


*NurSuraya Saparudin*
Jururawat


*Muhammad Hairul Taufik Amat Basri*
Jururawat




Comments

Popular Posts