Syarat-syarat Pendaftaran

Syarat-syarat pendaftaran kokurikulum adalah seperti berikut :
  • Pelajar baru pendaftaran Universiti Teknologi Mara wajib mengikuti kursus Kokurikulum sebanyak 3 semester. Pelajar boleh memilih kursus kokurikulum pilihan setelah menamatkan kokurikulum wajib badan beruniform pada semestar 1, kecuali Badan Beruniform Pertahanan Awam & Badan pertolongan Cemas yang diwajibkan kekal sehingga semester 3. Kursus kokurikulum yang dijalankan pada semester 1 hingga 3 akan diberi markah gred. Jumlah jam kredit untuk kursus kokurikulum di dalam keseluruhan rangka pengajian adalah sebanyak 3 jam kredit.
  •  Pelajar yang mengikuti sesuatu kursus kokurikulum mestilah mendaftar kursus tersebut mengikuti syarat syarat yang telah ditetapkan.  Sila layari laman web UiTM; http://www.uitm.edu.my (i-Student Portal) untuk urusan pendaftaran kursus kokurikulum.
  • Penambahan kursus (On Line). Sila layari i-Student portal untuk urusan penambahan kursus kokurikulum dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh rasmi kuliah bermula.
  • Pengguguran Kursus (On Line). Sila layari i-Student portal untuk urusan penambahan kursus kokurikulum dalam tempoh 28 hari bekerja selepas tarikh rasmi kuliah bermula.
  • Pelajar pelajar yang mendaftar sesuatu kursus kokurikulum hendaklah memenuhi semua syarat dan keperluan penilaian atau ujian yang telah ditetapkan dalam kursus yang dipilih.


Pembetulan keputusan peperiksaan kursus kokurikulum hendaklah dimajukan ke Unit Kokurikulum seperti tarikh yang akan ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan.

Comments

Popular Posts